Kehidupan peribadi Anis_Al-Idrus

Sekitar 2015, Anis pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad namun memutuskan hubungan akibat perbezaan haluan dan pendapat.

Anis sehingga kini tinggal bersendirian sementara kedua ibu bapanya di Medan, Indonesia, kerana bapanya bekerja dalam bidang perladangan kelapa sawit di sana. Anis akan ke Medan sebulan sekali berjumpa dengan ibu bapanya dan akan berada di sana selama tiga atau empat hari. Dia tidak mahu tinggal di sana kerana jiwanya lebih kepada Malaysia. Baginya, tiada tempat yang sebaik Malaysia. Beliau pernah menetap di Sabah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.

Beliau juga seorang Pengusaha Tudung Nishbyanisalidrus. Anis berkahwin dengan pasangan pilihannya Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 7 Julai 2017.[4]